Memaparkan catatan dengan label z-(RM31-RM40). Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label z-(RM31-RM40). Papar semua catatan

5/22/2014

JEJAK IBNU BATTUTA

Kod T6 ***(BBT)

Harga : RM32 ( Harga pasaran : RM40.00 )

Pengarang : Ross E. Dunn
Terbit & M/surat : 2014/624 hal.
Penerbit : PTS Islamika S/B
ISBN :  978-967-366-149-7


Sinopsis :
Ibnu Battuta terkenal sebagai seorang pengembara Muslim abad ke-14. Kisah perjalanan Ibnu Battuta yang begitu mengujakan dan luar biasa ini, membuatkan dunia Barat memberikan jolokan 'Marco Polo Dunia Muslim' kepada Ibnu Battuta. Ross E. Dunn mengupas jejak perjalanan Ibnu Battuta yang merentas hampir 30 tahun ke daerah-daerah yang sama luasnya dengan 44 negara zaman moden kini. Penulis menterjemahkan dalam konteks sosial dan budaya masyarakat Islam, dan dimensi interaksi manusia di Timur dan pada Zaman Pertengahan.
Buku yang ditulis oleh profesor sejarah dari San Diego State University ini bukan sekadar memberikan keterangan yang relevan bagi memahami kisah perjalanan Ibnu Battuta, namun juga menempatkan Ibnu battuta dalam konteks sejarahnya. Dengan menggunakan pendekatan kritis berdasarkan pengalaman pengembaraan Ibnu Battuta, kajian ini merupakan pengenalan bagi mendalami seluruh dunia Islam pada abad ke-14.

"Buku hasil karya Ross E. Dunn ini penting kerana buku beliau mengupas kisah Ibnu Battuta secara mendalam dan menarik. Buku ini tidak seperti karya tiga jilid Gibb yang hanya menjadikan kisah Ibnu Battuta sebagai sumber rujukan. Dengan pendekatan ini, Dunn mengulas beberapa hal penting kepada para pembaca." -Taufik Abdullah, Pakar Sejarah, Ph.D., Uni9versiti Cornell, Ithaca, Amerika Syarikat.

Pendahuluan
Bab 1 Tangier 
Bab 2 Maghribi
Bab 3 Orang Mamluk
Bab 4 Makkah
Bab 5 Parsi dan Iraq
Bab 6 Laut Tanah Arab
Bab 7 Anatolia
Bab 8 Padang Rumput
Bab 9 Delhi
Bab 10 Malabar Dan Maladewa
Bab 11 China
Bab 12 Kampung Halaman    

Bab 13 Mali    

Bab 14 Rihla    

Glosari      

12/25/2012

KITAB ILMU PERUBATAN KESUFIAN

Kod KP1 (BNT/BTL)


SOLD OUT


Harga : RM40
 
Pengarang :
Sheikh Hakim Moinuddin Chishti
Terbit & M/surat : 1996/192 hal.
Penerbit : Thinker’s Library Sdn. Bhd.
ISBN : 9676901350

Kondisi buku :
Buku terpakai. 97% masih kelihatan baru. Cuma ada sedikit contengan (telah dipadamkan) di muka surat pertama.

Kenapa buku ini bernilai tinggi (BNT) ?
*Buku terjemahan dari judul asal “The Book of Sufi Healing” karangan Syeikh Hakim Abu Abdullah Ghulam Moinuddin.
*Buku terbaik yang membongkar amalan perubatan secara kesufian. Buku ini secara tidak langsung membuka rahsia kesihatan dan keunikan latihan rawatan melalui cara kesufian.
* Buku yang mesti dimiliki oleh mereka yang terlibat dengan dunia kesufian. Mereka yang berminat mengetahui cara perubatan secara islam yang berunsur kerohanian juga digalakkan memiliki buku ini.

Stok : 1 saja.

SINOPSIS :

Buku ini ditulis untuk menghilangkan keraguan dan salah sangka tentang fahaman Sufi Islam, yang merupakan topik yang disalah faham di Barat. Penulis mengemukakan penerangan tambahan dalam bentuk ilustrasi, senarai herba-herba dengan sifatnya, penyakit serta rawatan, ringkasan istilah-istilah kebatinan, ayat-ayat al-Quran dipetik ikut kesesuaian, asas penerangan tetang sembahyang, puasa, zikir dan lain-lain lagimenjadikan buku ini member banyak manfaat kepada pembaca umum.

KANDUNGAN :
  1. Salasilah Sheikh Hakim Abu Abdullah Moinuddin
  2. Prakata
  3. Prolog
  4. Apakah Kesihatan
  5. Peringkat Kejadian Alam
  6. Maqam-Maqam Roh
  7. Makanan dan Kesihatan
  8. Empat Intipati Badan
  9. Pemakanan Nabi Muhammad S.A.W.
  10. Rumusan Ubat Untuk Penyakit-Penyakit Biasa
  11. Puasa : Ubat Paling Baik
  12. Solat
  13. Roh Bunga Ros
  14. ALam Nafas
  15. Ta’widh atau Azimat
  16. Zikrullah
  17. Berkenaan Mukjizat
  18. Anak Kunci Gedung Khazanah Langit dan Bumi
  19. Ubat Yang Mujarab
  20. Nama-Nama Allah S.W.T. (Asma Ul-Husma)

11/07/2012

PRINSIP KEJAYAAN – Bagaimana Mencapai Kejayaan Luar Biasa dan Merealisasikan Impian

K0d M4 ***(BBT)


SOLD OUT
Harga : RM32 ( Harga Runcit : RM38 )



Pengarang : Jack Canfield
Terbit & M/surat : 2012/559 hal.
Penerbit : PTS Professional S/B
ISBN : 9789673691463



*Penulis Bestseller “Chicken Soup for the Soul

*Terjemahan daripada buku asal “The Successful Principle”.



KANDUNGAN :



BAHAGIAN 1 : FUNDAMENTAL KEJAYAAN


- Bertanggungjawab 100 Peratus Atas Hidup Ini
- Jelas Mengapakah Kita Berada di Dunia Ini
- Tetapkan Apa yang Kita Mahukan
- Yakin Kejayaan Itu Bukan Mustahil
- Percaya Kepada Diri Sendiri
- Menjadi Paranola Songsang
- Tetapkan Matlamat dan Bebaskan Kuasa
- Pecahkan Matlamat Menjadi Kecil
- Kejayaan Dapat Dibuktikan
- Melepaskan Brek Kehidupan
- Nampak Perkara yang Dimahukan, Dapatkan Perkara yang Dilihat
- Berlagak Seperti Orang Berjaya
- Mengambil Tindakan
- Gantungkan Harapan
- Takut tetapi Tetap Melakukannya
- Sanggup Berkorban dengan Reda
- Jangan Malu Bertanya
- Tolak Penolakan
- Gunakan Maklumbalas Sebagai Kelebihan
- Hari Ini Sentiasa Lebih Baik daripada Semalam
- Rekodkan Bilangan Kejayaan yang Dicapai
- Amalkan Sikap Mendesak
- Amalkan Peraturan Lima Perkara
- Melangkaui Jangkaan

BAHAGIAN 2 : MENGUBAH DIRI DEMI KEJAYAAN

- Keluar daripada Persatuan Orang yang Gagal dan Kelilingi Kita dengan Orang yang Berjaya
- Hargai Masa Silam yang Bagus
- Fokus kepada Kemenangan
- Urus Hidup Ini dan Sempurnakan Perkara yang Belum Selesai
- Tutup Kisah Lama dan Dakap Masa Hadapan
- Bersemuka dengan Perkara yang Tidak Dapat Disiapkan
- Penerima Perubahan
- Ubah Pengkritik Dalaman kepada Pembimbing Dalaman
- Menjangkaui Kepercayaan yang Membataskan
- Mengembangkan Empat Tabiat Kejayaan yang Baru Setiap tahun
- Susah 90%, Mudah 100 Peratus
- Tambah Ilmu di Dada Demi Mendapat Lebih Lagi
- Kekalkan Motivasi di Samping Master
- Marakkan Kejayaan dengan Keghairahan dan Semangat yang Tinggi

BAHAGIAN 3 : MEMBINA PASUKAN KEJAYAAN

- Tumpukan Perhatian Kepada Bakat Teras
- Mendefinisikan Semula Masa
- Bina Pasukan Penyokong yang Kuat dan Tugaskan Mereka
- Katakan “Tidak”
- Katakan Tidak kepada Bagus, Katakan Ya kepada Hebat
- Mencari Sayap untuk Berlindung
- Mengambil Pembimbing Peribadi
- Perancang Kejayaan Sendiri
- Bertanya ke dalam Diri

BAHAGIAN 4 : MENCIPTA PERHUBUNGAN YANG BERJAYA

- Mendengar dengan Teliti
- Proses Heart Talk (Bercakap kepada Hati)
- Segera Bercakap Benar
- Bercakap dengan Jelas
- Apabila Was-Was, Periksa Semula
- Jadikan Perhargaan Luar Biasa Amalan Biasa
- Pelihara Persetujuan
- Bawa Diri dengan Bergaya

BAHAGIAN 5 : KEJAYAAN DAN WANG

- Bina Kesedaran Kewangan yang Positif
- Kita Mampu Dapatkan Perkara yang Difokuskan
- Utamakan Diri Sendiri
- Kuasia Cara Berbelanja
- Bagi Bebas Berbelanja, Dapatkan Wang Dahulu
- Banyakkan Memberi Supaya Mendapat Lebih Lagi
- Cari Jalan Bagi Menyumbang

BAHAGIAN 6 : KEJAYAAN BERMULA DARI SEKARANG

- Mulakannya dari Sekarang ! Lakukan Saja !
- Memperkuasakan Diri dengan Mengkuasakan Orang Lain

Bahan Bacaan yang Disyorkan dan Sumber Tambahan bagi Kejayaan