Memaparkan catatan dengan label Tokoh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tokoh. Papar semua catatan

5/22/2014

JEJAK IBNU BATTUTA

Kod T6 ***(BBT)

Harga : RM32 ( Harga pasaran : RM40.00 )

Pengarang : Ross E. Dunn
Terbit & M/surat : 2014/624 hal.
Penerbit : PTS Islamika S/B
ISBN :  978-967-366-149-7


Sinopsis :
Ibnu Battuta terkenal sebagai seorang pengembara Muslim abad ke-14. Kisah perjalanan Ibnu Battuta yang begitu mengujakan dan luar biasa ini, membuatkan dunia Barat memberikan jolokan 'Marco Polo Dunia Muslim' kepada Ibnu Battuta. Ross E. Dunn mengupas jejak perjalanan Ibnu Battuta yang merentas hampir 30 tahun ke daerah-daerah yang sama luasnya dengan 44 negara zaman moden kini. Penulis menterjemahkan dalam konteks sosial dan budaya masyarakat Islam, dan dimensi interaksi manusia di Timur dan pada Zaman Pertengahan.
Buku yang ditulis oleh profesor sejarah dari San Diego State University ini bukan sekadar memberikan keterangan yang relevan bagi memahami kisah perjalanan Ibnu Battuta, namun juga menempatkan Ibnu battuta dalam konteks sejarahnya. Dengan menggunakan pendekatan kritis berdasarkan pengalaman pengembaraan Ibnu Battuta, kajian ini merupakan pengenalan bagi mendalami seluruh dunia Islam pada abad ke-14.

"Buku hasil karya Ross E. Dunn ini penting kerana buku beliau mengupas kisah Ibnu Battuta secara mendalam dan menarik. Buku ini tidak seperti karya tiga jilid Gibb yang hanya menjadikan kisah Ibnu Battuta sebagai sumber rujukan. Dengan pendekatan ini, Dunn mengulas beberapa hal penting kepada para pembaca." -Taufik Abdullah, Pakar Sejarah, Ph.D., Uni9versiti Cornell, Ithaca, Amerika Syarikat.

Pendahuluan
Bab 1 Tangier 
Bab 2 Maghribi
Bab 3 Orang Mamluk
Bab 4 Makkah
Bab 5 Parsi dan Iraq
Bab 6 Laut Tanah Arab
Bab 7 Anatolia
Bab 8 Padang Rumput
Bab 9 Delhi
Bab 10 Malabar Dan Maladewa
Bab 11 China
Bab 12 Kampung Halaman    

Bab 13 Mali    

Bab 14 Rihla    

Glosari      

4/13/2014

ALEXANDER ADALAH ZULQARNAIN

Kod T5 ***(BBT)



Harga : RM27 ( Harga pasaran : RM35.00 )

Pengarang : Muhammad Alexander
Terbit & M/surat : 2010 (ke-9 2013)/731 hal.
Penerbit :
PTS Islamika S/B
ISBN : 978-967-5137-81-5

-Penulis National Bestseller Yakjuj & Makjuj
-Besseller book – Cetakan ke 10 2013.

Sinopsis :
"Dan mereka bertanya kepadamu, mengenai Zulqarnain. Katakanlah, 'Aku akan bacakan kepada kamu sedikit tentang perihalnya.' Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan di bumi, dan Kami beri kepadanya jalan bagi mencapai tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya." (surah al-Kahfi: 83-84)

Sejak sekian lama, nama agung Zulqarnain cuba dikaitkan dengan nama-nama raja agung dalam sejarah. Mustahil raja agung yang tercatat di dalam al-Quran 'hilang' dalam rekod sejarah. Bukan seorang dua raja agung yang dinobatkan, namun mengaitkan peribadi raja dengan iman yang disebutkan di dalam al-Quran masih 'misteri.'

Mencari Zulqarnain ibarat bermain teka-teki. Setiap teka-teki mempunyai kata kunci. Antara kata kunci utama adalah beriman, menjelajah timur dan barat dan bertemu dengan Yakjuj dan Makjuj. Tersalah pada satu kata kunci, calon raja agung terkeluar daripada gelaran Zulqarnain.

Senarai calon raja agung sudah dibuat, kata kunci sudah dirungkaikan, ternyata Alexander the Great adalah calon yang paling layak. Biar pun tuduhan musyrik yang dilemparkan, buku ini menjawab Alexander Macedonea atau Iskandar al-Makduni adalah orang yang beriman pada satu Tuhan yang esa, pembebas timur dan barat dan pembina tembok Yakjuj dan Makjuj.

Buku Alexander adalah Zulqarnain mendedahkan profil Alexander the Great, anak Philip II, agamanya, dan kaitannya dengan bangsa paling kejam dalam sejarah, Yakjuj dan Makjuj. Menjawab tuduhan musyrik yang dilemparkan, membersihkan peribadinya daripada sembahan pagan dan membuktikan bahawa beliau sememangnya beriman.

Antara kandungan menarik di dalam buku ini: Alexander the Great di dalam Tafsir al-Quran * Nama Alexander the Great dicemari di dalam Teks Yunani-Rom Kuno * Senarai Penguasa Dunia (1010 - 330 SM) * Raja-raja Dunia yang Melawan Yakjuj & Makjuj * Oasis Monoteisme di tengah Gurun Paganisme Yunani * Peringkat Awal Misi Pembebasan Alexander * Pertemuan Alexander dengan Yahudi Beriman di Jerusalem *  Pengembaraan Alexander di Timur * Pengembaraan Alexander di Barat * Pertemuan Alexander dengan Kaum-kaum yang disebut di dalam al-Quran * Lokasi Alexander membina Tembok Besi * Jawapan kepada Tuduhan.

Penulis adalah pesyarah di Universiti Brawijaya, Indonesia. Beliau kini dalam proses mendapatkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Sejarah dan Peradaban. Beliau banyak menghasilkan kajian mengenai Yakjuj & Makjuj, Zulqarnain dan hari kiamat. Antara buku bestseller beliau adalah Yakjuj & Makjuj: Bencana di Sebalik Gunung (2009).




KANDUNGAN :

Bab 1 :
Alexander The Great di Dalam Tafsir Al-Quran

Bab 2 :
Alexander The Great di Dalam Teks Yunani-Rom Kuno ; Nama Alexander Dicemari

Bab 3 :
Para Penguasa Dunia (1010 – 330sm)
Menjelang Kedatangan Alexander The Great

Bab 4 :
Raja-Raja Dunia yang Melawan Yakjuj dan Makjuj

Bab 5 :
Oasis Monotoisme di Gurun Paganisme Yunani

Bab 6 :
Peringkat Awal Kempen Pembebasan Alexander : Yunani Menentang Parsi

Bab 7 :
Pertemuan Alexander dengan Yahudi Beriman di Jurusalem

Bab 8 :
Pengembaraan Alexander Membebaskan Mesir (Barat)

Bab 9 :
Pembebasan Alexander The Great ke Arah Timur

Bab 10 :
Alexander Memasuki Lembah Fargana di Asia Tengah

Bab 11 :
Alexander Bertemu Bangsa Cina Perantau di Lembah Fargana

Bab 12 :
Alexander Membina Kota Alexandaria Eschate dan Tembik Besi

Bab 13 :
Konflik Dalaman Alexander dan Penganut Paganisme Yunani

Bab 14 :
Jawapan Kepada Tuduhan

Bab 15 :
Penutup

10 TOKOH IDOLA MUSLIMAH

Kod T4 ***(BBT)



Harga : RM10.00 ( Harga pasaran : RM13.00 )

Pengarang : Sakinah Salleh
Terbit & M/surat : 2013/160 hal.
Penerbit :
PTS Millennia S/B
ISBN :  978-967-0142-31-9


Sinopsis :
Dunia hari ini dihidangkan dengan pelbagai ikon yang ada kalanya bertentangan dengan syariat Islam. Mereka yang dijadikan idola ini sememangnya tidak bersesuaian daripada segi sahsiah juga kehidupan negatif yang tidak layak dicontohi. Demi memantapkan diri, jadikan srikandi Muslimah sebagai idola hidup yang perlu dicontohi.

10 tokoh Idola muslimah yang diketengahkan di dalam buku ini mampu memberikan impak besar kepada kita yang ketandusan tokoh-tokoh yang dapat memenuhi kriteria sebagai srikandi yang cemerlang dalam segenap segi. Setiap seorang tokoh dirungkai dengan terperinci merangkumi sejarah hidup, kaitan kisah dengan kehidupan masa kini serta kisah inspirasi yang boleh dijadikan motivasi penghias peribadi. Jadikan tokoh-tokoh ini sebagai inspirasi dalam mentarbiah anak bangsa yang berjiwa besar menjadi pemangkin kepada generasi akan datang.

Justeru, penting bagi kita menyoroti kisah hidup, kehebatan, titik tolak kejayaan serta rahsia kehebatan dan kekentalan mereka dalam meraih keunggulan daripada segi peribadi, sahsiah, perwatakan dan sebagainya demi menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.


KANDUNGAN :

1.Ketabahan dan Kekuatan Emosi Siti Aminah binti Abdul Wahab

2. Usahawan Dermawan Siti Khadijah binti Khuwailid

3. Jelitawan Ilmuan Siti Aisyah binti Abu Bakar

4. Kepatuhan dan Ketabahan Siti Hajar

5. Pengorbanan dan Keredaan Siti Sarah

6. Tawaduk dan Zuhud Fatimah az-Zahra binti Muhammad

7. Kasih Sayang Daripada Allah dan Kerana Allah Siti Zulaikha

8. Keberanian dan Ketakwaan Asma’ binti Abu Bakar

9. Keutuhan Keimanan Asiah binti Muzahim

10. Kesetiaan Abadi Siti Rahmah
 

4/11/2014

DI SEBALIK IKHWANUL MUSLIMIN : YOUSSEF NADA BERSAMA DOUGLAS THOMSON

Kod T3 ***(BBT)



Harga : RM22 ( Harga pasaran : RM29.90 )

Pengarang : Youssef Nada / Douglas Thompson
Terbit & M/surat : 2013/316 hal.
Penerbit :
PTS Islamika S/B
ISBN : 978-967-366-205-0

Youssef Nada, seorang tokoh yang disegani dalam Ikhwan Muslimin menyanggah pembohongan serta mitos dan memberitahu:
·          Mengapa pengebom berani mati adalah sah.
·         Mengapa wanita Islam tidak perlu memakai burkha dan digalakkan menyertai politik.
·         Bahawa Al-Qaeda adalah satu kumpulan kecil yang terdiri daripada orang gila, dan ia adalah satu fenomena Barat yang terlalu dibesar-besarkan.
·         Bahawa orang Islam, Kristian dan Yahudi mesti belajar hidup bersama rukun dan damai.
·         Bahawa undang-undang syariah telah dirampas oleh puak pelampau.
·         Umat Islam kini bergerak dengan jet-bukan unta-. Islam sesuai untuk abad ke-21 dan pengikut mesti menyesuaikan diri.
·         Bahawa ulama Islam tidak menggunakan otak mereka sejak abad ke-12.
·         Bahawa memerintah negara-negara Islam dengan harta pusaka adalah pengkhianatan terhadap Islam dan umat Islam.
·         Palestin dan Israel sebagai adalah dua buah negara adalah sesuatu yang tidak akan berjaya.   



 KANDUNGAN :
Bab 1 Kelahiran Ikhwan 
Bab 2 Ulama Penjara 
Bab 3 Pasang Tali Pinggang Keselamatan Anda 
Bab 4 Perjalanan Terakhir Shah 
Bab 5 Petir di Padang Pasir 
Bab 6 Panglima Perang 
Bab 7 Revolusi dan Resolusi 
Bab 8 Kewangan dan Keimanan 
Bab 9 Dialog Berbahaya 
Bab 10 Ikhtiar yang Mustahil 
Bab 11 Kejayaan yang Lewat
Bab 12 Kekeliruan Hikmah 
Bab 13 Hantu dan Bisikan
Bab 14 Perjuangan 
Bab 15 Kebebasan yang Muflis
Bab 16 Keselesaan yang Dingin 
Bab 17 Menunggu Keadilan
Bab 18 Tunjukkan Saya Wang
Bab 19 Permulaan Baru 
Bab 20 Viva Nada 
Penghargaan