Memaparkan catatan dengan label Novel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Novel. Papar semua catatan

4/13/2014

NOVEL : EPILOG CINTA

Kod N75 ***(BBL)



Harga : RM14 ( Harga pasaran : RM19.90 )

Pengarang : Lily Haslina Nasir
Terbit & M/surat : 2006/512 hal.
Penerbit :
Alaf 21 S/B
ISBN : 983-124-260-2 

Sinopsis :
Cinta umpama pelangi. Cantik dipandang tapi tidak mungkin dapat dipegang. Bagi Aidit, cinta Karmila ibarat dewi bercahaya dan menikam sukma. Dia rasa lebih indah jika cinta mereka menjadi rahsia dirinya.

Tiba-tiba langit bagai menghempap bumi. Cinta mereka berdua terhalang kerana darjat dan keturunan. Mereka ada sekeping hati, satu jiwa dan perasaan. Jadi dimanakah pintu cinta yang harus diketuk.

Jiwa Aidit panasaran. Karmila pula bagaikan rentung dibakar duka. Antara darjat dan keturunan, ada seseorang yang ingin merebut cinta Karmila. Dan ada orang lain yang cuba menghalang cinta mereka.

Inilah cinta terhalang yang pernah dihadapi oleh Daeng Amid dan Karmini. Kini, adakah Cempaka Adilla Zahira juga akan menempuh cerita yang sama bersama Hizairi? Doa dan berdoalah! 

NOVEL : HAMPARAN KASIH

Kod N74 ***(BBL)



Harga : RM12 ( Harga pasaran : RM18.00 )

Pengarang : Amy Batrisya
Terbit & M/surat : 2006/480 hal.
Penerbit :
Alaf21 S/B
ISBN : 983-124-253-X

Sinopsis :
Marina dalam kepasrahan apabila dicintai oleh pemuda yang pernah menjadi teman sepermainan sejak kecil lagi iaitu Hakimi. Pada masa yang sama dia ingin menjaga Bani yang ditinggalkan di rumah anak-anak yatim. Bani tidak diterima langsung oleh abahnya.

Marina takut menerima cinta Hakimi kerana khuatir tidak mendapat restu keluarga. Apatah lagi kisah silam kedua-dua keluarga mereka masih tercalit di hati sehingga mereka meningkat dewasa.

Ditelan mati emak, diluah mati bapa. Marina tidak dapat membuat keputusan yang tepat. Apakah yang perlu dilakukan untuk menerima cinta Hakimi? Siapakah Bani di hatinya? Apakah kisah silam yang menghantui diri mereka berdua?

NOVEL : BILA CINTA MEMBARA

Kod N73 ***(BBL)



Harga : RM14 ( Harga pasaran : RM19.90 )

Pengarang : Mazia Harris
Terbit & M/surat : 2006/540 hal.
Penerbit :
Alaf21 S/B
ISBN : 983-124-234-3

Sinopsis :
Bila cinta membara, hati mula bergelora. Meskipun pada zahir tampak sempurna, namun pasti ada kekurangannya. Atas dasar suka sama suka, Kamarul menjadi Syamsidar, seorang model terkenal sebagai ratu hatinya.

Namun, tanpa diduga, Syamsidar sanggup menduakan Kamarul yang setia dengan janjinya. Dia tertipu oleh janji manis Jeffry yang beria-ia menunjukkan keikhlasan dan tanggungjawabnya. Lelaki itu pandai bermain kata-kata sehingga Syamsidar lemas dalam tsunami ciptaan mereka.

Sebagai seorang suami, mudahkah Kamarul memaafkan Syamsidar sedangkan mereka sudah pun dikurniai dua cahaya mata? Mampukah kebahagiaan mereka dikembalikan semula? Bagaimanakah penerimaan Jeffry setelah apa yang telah dilakukannya terhadap Syamsidar?

Bila cinta membara, hanya ALLAH yang menentukan segala-galanya.

NOVEL : HORIZON CINTA

Kod N72 ***(BBL)



Harga : RM12 ( Harga pasaran : RM17.00 )

Pengarang : Ummi Azrini
Terbit & M/surat : 2009/496 hal.
Penerbit :
Alaf21 S/B
ISBN :  978-983-124-404-316-6

Sinopsis :
ZARIZ seorang pelaut yang cintakan kedamaian dan ketenangan. Hidupnya yang dikelilingi lautan luas menjadikan diri-nya sepi. Temannya hanyalah pukulan ombak dan desiran angin. Cuma sesekali kicauan camar laut hadir menghidupkan hari-harinya. Bibirnya jarang mengucapkan kata-kata, hanya telinganya tekun mendengar dan mata yang rajin menilik.

Berbeza dengan Zara, seorang gadis yang lin-cah dan pandai berkata-kata, sesuai dengan kerjaya yang menuntutnya bertemu orang ramai. Pesonanya menjadikan Zara cukup mudah didekati. Cuma ada ketika, sikapnya yang terlalu peramah menyusahkan orang lain. Zara senang dikerumuni, di-minati dan gemar berada di antara kelompok manusia lain.

Takdir menemukan mereka. Zara dan Zariz bagaimanapun ibarat anjing dan kucing. Andai berjumpa, pasti bertingkah kata, berselisih pendapat. Ego yang beraja di hati menjadikan mereka tegar menyakiti satu sama lain.

Tanpa sedar, pertelingkahan demi pertelingkahan mereka mewujudkan kesebatian. Dalam diam, benci menjadi rindu, dendam menjadi sayang. Namun, mudahkah mereka melafazkan kata cinta kerana masing-masing pernah melukai?

NOVEL : LAMAN RINDU

Kod N71 ***(BBL)



Harga : RM12 ( Harga pasaran : RM17.00 )

Pengarang : Hasreeyati Ramli
Terbit & M/surat : 2008/432 hal.
Penerbit :
Alaf21 S/B
ISBN :  978-983-124-403-6

Sinopsis :
SEKIAN lama menyulam kasih, cinta yang kian mekar diikat dengan tali pertunangan. Sejak itu, Asnida tidak sabar menantikan hari bahagianya bersama Zamarul. Tanpa diduga, istana yang bakal dibina tiba-tiba dilanda petaka. Dia kecewa apabila Zamarul berterus terang telah menikahi Milia, bekas kekasihnya secara rahsia. Asnida rasa tertipu dengan kecurangan

Zamarul. Dia menghadapi tekanan emosi dan sering merindui musim cinta mereka yang kini tinggal memori duka. Dia cuba membenci Zamarul dan minta pertunangan mereka diputuskan, tetapi Zamarul tetap bertegas mahu meneruskan perkahwinan mereka.

Kehadiran Helmy telah mengisi ruang kosong di hati Asnida. Helmy, lelaki yang menghargai kesetiaan seorang wanita. Helmy juga telah mengubati kelukaannya dengan kata-kata semangat. Dalam diam, dia merindui lelaki itu biarpun hatinya sering menidakkan kerana dia masih tunangan orang.

Hubungan Asnida dan Helmy telah menjeruk perasaan Zamarul. Dia bersemuka dengan Helmy dan memberikan kata putus yang Asnida tetap akan menjadi miliknya biar apa pun halangannya. Asnida pasrah. Biarlah takdir yang menentukan jalan hidupnya.