Memaparkan catatan dengan label Buku Nilai Tinggi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Buku Nilai Tinggi. Papar semua catatan

1/15/2015

Buku Antik - Hikayat Tanah Besar Melayu - Usia 100 Tahun Lebih.

HARGA TAWARAN : 20K (boleh nego)

 
Pengarang : Mahmud Ibnu Al-Marhum Syed Abdul Qadir Al-Hindi
Terbit & M/surat : 1894 / 707 hal.
Bahasa : Jawi

Kondisi buku :
Buku antik / langka usia 120 tahun. Bukunya agak lusuh.Berkulit tebal. Kulit depan ada sedikit bekas dimakan anai-anai. Begitu juga beberapa halaman di dalamnya. Helaian di dalamnya ada sedikit terlerai tapi masih baik. Warna kertasnya masih ok. Tak luntur sangat. Secara keseluruhannya masih baik lagi. Sangat bernilai kepada pengumpul tegar buku-buku lama.


***Untuk makluman, ini BUKU KAWAN SAYA. Saya cuma tolong jual sahaja. Jangan belasah saya kata harga buku ini mahal.  Harga ini kawan saya letak. Maybe dia fikir ini harga paling sesuai buat masa ini. boleh nego lagi.


Kenapa buku ini bernilai tinggi sehingga mencecah 20K?
 - Usianya yang sangat rare - 120 tahun. 
- Helaian dalamannya masih berkeadaan baik.
- Buku penting yang memperihalkan tentang asal bangsa Melayu.
- Buku penting yang memperihalkan tentang negeri-negeri di Tanah Melayu.
- Gambaran sebenar Tanah Melayu di abad ke 18. 100 tahun lampau.
- Mungkin buku seperti ini tiada lagi di pasaran.
- Rujukan penting kepada bangsa Melayu di masa akan datang.


Buku ni khas untuk PEMINAT TEGAR BUKU ANTIK, PEMINAT BARANG_BARANG LAMA, PIHAK-PIHAK BERWAJIB YANG BERKAITAN atau HARTAWAN YANG SUDI MELABUR UNTUK NILAI TERBAIK DIMASA HADAPAN.

Berminat, boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut.
017-2562143 - sham



































Kandungan :

Secara umumnya, buku ni dibahagi kepada beberapa fasal dalam beberapa bab.

Fasal 1: Asal Usul Bangsa Melayu
Fasal 2 : Kedatangan Orang Putih
Fasal 3 : Darihal Negeri- Negeri Tanah Besar Melayu
Fasal 4 :  Darihal Pulau Perak
Fasal 5 : Darihal Negeri-Negeri Orang Putih di Selat Melaka

Bab berikutnya ada ditulis berkaitan dengan Ilmu Peladang. Juga diterangkan sekali bab berkenaan  Ilmu Kira-Kira dan jawapannya sekali.


Untuk ulasan lanjut tentang buku ini, boleh lawati blog buku saya, kembarabuku.blogspot.com

12/25/2012

KITAB ILMU PERUBATAN KESUFIAN

Kod KP1 (BNT/BTL)


SOLD OUT


Harga : RM40
 
Pengarang :
Sheikh Hakim Moinuddin Chishti
Terbit & M/surat : 1996/192 hal.
Penerbit : Thinker’s Library Sdn. Bhd.
ISBN : 9676901350

Kondisi buku :
Buku terpakai. 97% masih kelihatan baru. Cuma ada sedikit contengan (telah dipadamkan) di muka surat pertama.

Kenapa buku ini bernilai tinggi (BNT) ?
*Buku terjemahan dari judul asal “The Book of Sufi Healing” karangan Syeikh Hakim Abu Abdullah Ghulam Moinuddin.
*Buku terbaik yang membongkar amalan perubatan secara kesufian. Buku ini secara tidak langsung membuka rahsia kesihatan dan keunikan latihan rawatan melalui cara kesufian.
* Buku yang mesti dimiliki oleh mereka yang terlibat dengan dunia kesufian. Mereka yang berminat mengetahui cara perubatan secara islam yang berunsur kerohanian juga digalakkan memiliki buku ini.

Stok : 1 saja.

SINOPSIS :

Buku ini ditulis untuk menghilangkan keraguan dan salah sangka tentang fahaman Sufi Islam, yang merupakan topik yang disalah faham di Barat. Penulis mengemukakan penerangan tambahan dalam bentuk ilustrasi, senarai herba-herba dengan sifatnya, penyakit serta rawatan, ringkasan istilah-istilah kebatinan, ayat-ayat al-Quran dipetik ikut kesesuaian, asas penerangan tetang sembahyang, puasa, zikir dan lain-lain lagimenjadikan buku ini member banyak manfaat kepada pembaca umum.

KANDUNGAN :
  1. Salasilah Sheikh Hakim Abu Abdullah Moinuddin
  2. Prakata
  3. Prolog
  4. Apakah Kesihatan
  5. Peringkat Kejadian Alam
  6. Maqam-Maqam Roh
  7. Makanan dan Kesihatan
  8. Empat Intipati Badan
  9. Pemakanan Nabi Muhammad S.A.W.
  10. Rumusan Ubat Untuk Penyakit-Penyakit Biasa
  11. Puasa : Ubat Paling Baik
  12. Solat
  13. Roh Bunga Ros
  14. ALam Nafas
  15. Ta’widh atau Azimat
  16. Zikrullah
  17. Berkenaan Mukjizat
  18. Anak Kunci Gedung Khazanah Langit dan Bumi
  19. Ubat Yang Mujarab
  20. Nama-Nama Allah S.W.T. (Asma Ul-Husma)