Memaparkan catatan dengan label Buku Terpakai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Buku Terpakai. Papar semua catatan

12/25/2012

KITAB ILMU PERUBATAN KESUFIAN

Kod KP1 (BNT/BTL)


SOLD OUT


Harga : RM40
 
Pengarang :
Sheikh Hakim Moinuddin Chishti
Terbit & M/surat : 1996/192 hal.
Penerbit : Thinker’s Library Sdn. Bhd.
ISBN : 9676901350

Kondisi buku :
Buku terpakai. 97% masih kelihatan baru. Cuma ada sedikit contengan (telah dipadamkan) di muka surat pertama.

Kenapa buku ini bernilai tinggi (BNT) ?
*Buku terjemahan dari judul asal “The Book of Sufi Healing” karangan Syeikh Hakim Abu Abdullah Ghulam Moinuddin.
*Buku terbaik yang membongkar amalan perubatan secara kesufian. Buku ini secara tidak langsung membuka rahsia kesihatan dan keunikan latihan rawatan melalui cara kesufian.
* Buku yang mesti dimiliki oleh mereka yang terlibat dengan dunia kesufian. Mereka yang berminat mengetahui cara perubatan secara islam yang berunsur kerohanian juga digalakkan memiliki buku ini.

Stok : 1 saja.

SINOPSIS :

Buku ini ditulis untuk menghilangkan keraguan dan salah sangka tentang fahaman Sufi Islam, yang merupakan topik yang disalah faham di Barat. Penulis mengemukakan penerangan tambahan dalam bentuk ilustrasi, senarai herba-herba dengan sifatnya, penyakit serta rawatan, ringkasan istilah-istilah kebatinan, ayat-ayat al-Quran dipetik ikut kesesuaian, asas penerangan tetang sembahyang, puasa, zikir dan lain-lain lagimenjadikan buku ini member banyak manfaat kepada pembaca umum.

KANDUNGAN :
  1. Salasilah Sheikh Hakim Abu Abdullah Moinuddin
  2. Prakata
  3. Prolog
  4. Apakah Kesihatan
  5. Peringkat Kejadian Alam
  6. Maqam-Maqam Roh
  7. Makanan dan Kesihatan
  8. Empat Intipati Badan
  9. Pemakanan Nabi Muhammad S.A.W.
  10. Rumusan Ubat Untuk Penyakit-Penyakit Biasa
  11. Puasa : Ubat Paling Baik
  12. Solat
  13. Roh Bunga Ros
  14. ALam Nafas
  15. Ta’widh atau Azimat
  16. Zikrullah
  17. Berkenaan Mukjizat
  18. Anak Kunci Gedung Khazanah Langit dan Bumi
  19. Ubat Yang Mujarab
  20. Nama-Nama Allah S.W.T. (Asma Ul-Husma)

10/24/2012

NOVEL - PESONA RINDU – Sharifah Abu Salem

Kod N4 (BTL)


 Harga : RM12 (Harga Runcit : RM19.90) 

Terbit & M/Surat : 2004 (cetakan 1/2012 - ke9)/ 553 hal.
 Penerbit : Alaf 21 S/B
ISBN : 9831241606
Kondisi : (BTL) - Ok.
 
Sinopsis :


Rindu bertandang ketika masing-masing didakap kesepian. Fazlan ditinggalkan Darina, isteri yang obsesi terhadap cinta. Cita dan impian. Najmah pula memutuskan pertunangannya kerana tidak menyintai jejaka pilihan keluarga. Keputusan Najmah mengundang sengketa. Dia terpinggir dan kepulangannya tidak diharapkan.

Fazlan hadir memberi kedamaian. Persahabatan bertukar menjadi kekasih. Najmah menyangka yang dia hanya menghormati Fazlan sebagai majikan. Namun cinta di hatinya kian berputik biarpun dia tahu Fazlan adalah suami sahabat baiknya sendiri.
Selepas lima tahun di luar negara, Darina kembali semula. Ternyata cintanya terhadap Fazlan masih ada. Bagaimana Fazlan harus menerima Darina semula? Sedangkan dalam masa yang sama cintanya terbahagi dua untuk Najmah juga. Lalu Fazlan merahsiakan perkahwinan itu.

Najmah diburu rasa bersalah. Dia telah mengkhianati kepercayaan yang diberikan oleh Darina untuk menjaga Fazlan. Bagi Najmah, cintanya hadir hanya sementara. Tidak lebih dari sebuah pesona.

Fazlan dalam dilema, siapakah yang lebih dicintainya? Najmah ataupun Darina?Namun bagi Fazlan, dia tidak rela kehilangan kedua-duanya sekali.

NOVEL - BUATMU KEKASIH - Aisya Sofea

Kod N3 (BTL)



SOLD OUT
Harga : RM12 (Harga runcit : RM19.90)

Terbit & M/Surat : 2006 (cetakan 1/2012 - ke 11)/579 hal.
Penerbit : Alaf 21 S/B
ISBN : 9831242661
Kondisi : (BTL) - Ok.


Sinopsis :

Tanpa Fikri, dunia Ika tidak bermakna. Tiada Lukman, betapa sepinya hati Farah. Betapa getirnya dugaan, Fuad tetap milik Umairah. Meski bertahun terpisah, hati Zainal hanya untuk Kay. Dan cinta suci Haniff, adalah memori terindah Intan Azureen.

Tahun berlalu… kini Ika, farah, Umairah, Kay dan Intan sedang meniti alam kedewasaan. Walau jauh di sudut hati mereka mengharapkan kebahagiaan, namun hakikat kehidupan bukan seindah yang diharapkan. Ada jiwa yang terluka,ada perasaan yang tersentuh, ada hati yang merana. Namun, dengan kekuatan kasih sayang, segala dugaan cuba diatasi sebaik-baiknya.

NOVEL - SEKUDUS DOAKU – Azilawati Mat Angsar

Kod N2 (BTT)

Harga : RM10 (Harga Runcit : RM18)

Terbit & M/Surat : 2010/450 hal.
Penerbit : Alaf 21 S/B
ISBN : 9789831245842
Kondisi : (BTB) - 95% baik. Cuma ada sedikit kesan berlipat di kulit depan.


Sinopsis : 


Kasih seorang ibu tidak boleh dinilai dengan wang ringgit. Tetapi … ingatan dan doa anak-anak adalah satu rahmat.

Bagi Hanin, pengorbanan ibunya tidak pernah dilupakan.Tapi TUHAN menduga keimanannya bila ibunya disahkan menghidap kanser peringkat kritikal. Dia tekad berhenti kerja untuk menjaga ibunya dan diizinkan suaminya.

Pelbagai dugaan ditempohi. Emosi dan kesihatan ibu yang tidak stabil sering membuatkan air matanya tumpah. Hanya zikir dan istighfar dibisikkan dalam hati agar redha menerima ketentuan ini. Dan pada hari yang telah dijanjikan, si ibu pergi menghadap ILAHI.

Hanim terkilan kerana tidak sempat menyaksikan saat akhir ibunya menutup mata. Namun surah al-Insyiraah menyedarkan dia. Kerana al-Insyiraah dia mendapat kembali ibunya walaupun wanita itu sudah tiada lagi di dunia ini.

NOVEL - IZINKAN KUBAHAGIA – Leeya Myra

Kod N1 (BTL)


Harga RM10  (Harga runcit : RM18)

Terbit & M/Surat : 2006/488 hal.
Penerbit : Alaf 21 S/B
ISBN : 9831242696
Kondisi : (BTL) - 95% baik. Cuma ada sedikit kesan berlipat di kulit depan.

Sinopsis : 

Setiap manusia mencari cinta dalam hidup mereka. Tapi rupa-rupanya, cinta sahaja tidak cukup kalau tiada bahagia. Begitulah episod duka yang dilalui oleh Soraya, Nadya dan Zafir.

Soraya kecewa dalam perkahwinannya. Kehadiran Zafir ibarat peluang baginya menyandarkan harapan. Sedangkan sepuluh tahun dahulu, dia pernah menolak impian pemuda itu.

“Suka saya adalah suka lelaki kepada perempuan. Lebih tepat, cinta”. Zafir meluahkan perasaannya.

“Sayang saya pula adalah sayang seorang guru kepada muridnya!” Soraya tegas menolak lamaran cinta itu.

Nadya pula ingin bahagian di samping Zafir. Tiga tahun mereka bertunang, namun hasrat diijabkabulkan sering ditangguhkan. “Antara saya dan cinta pertama awak, siapa lebih penting?” Kisah cinta mereka seperti langit, kadangkala cerah, mendung dan cerah kembali.

Sesak nafas Zafir. Perasaannya terbelah dua. Dia jadi keliru. Hatinya untuk siapa? Nadya tunangnya dan Soraya pula cinta pertamanya.Siapakah kunci kebahagiaannya?

Mereka terperangkap antara harapan, kenangan dan masa depan. Di manakah titik pertemuan mereka? Sedangkan cinta pertama tidak semestinya cinta terakhir…

“Izinkan kubahagia…” bisik Nadya.

Bisikan yang sama terlafaz dalam hati Soraya dan Zafir.