4/13/2014

NOVEL : TIADA NOKTAH CINTA

Kod N70 ***(BBL)



Harga : RM12 ( Harga pasaran : RM17.00 )

Pengarang : Emma Maizura
Terbit & M/surat : 2006/428 hal.
Penerbit :
Alaf21 S/B
ISBN : 983-124-262-9

Sinopsis :
Entah silap siapa, pesahabatan yang indah terjalin bertukar menjadi igauan ngeri. Kerana percaya atas dasar sahabat, dirinya dianggap sebagai pencemar maruah! Ismadi membiarkan Fitrah sendiri mencari harga diri yang telah hilang dan hidup dalam sejarah hitam yang tidak tahu siapa penciptanya.

Hampa dan keliru menjadikan Fitrah seperti dikejar oleh baying-bayang sendiri. Begitu takut untuknya berpaling apatahlagi melangkah. Bagi dirinya, di kiri kanan penuh onak  yang tidak sanggup untuk diredah. Dia rela berdiri di situ selagi boleh bernafas. Biarlah semuanya berlalu mengikut putaran waktu. Dan… dia sanggup menjadi penunggu yang hanya mengenang kisah lalu.

Sesekali, Fitrah ingin membebaskan diri daripada rantaian kenangan itu. Membuangnya jauh-jauh supaya hidup lebih tenang dan damai. Tetapi bagaimana hendak disingkirkan kalau kenangan itu sering menerjah? Kadangkala dia rimas dengan belenggu itu. Terutama bila jiwanya sepi kerinduan dan hatinya kontang dengan kasih sayang.

Kehadiran Daniel seperti tepat pada ketikanya. Tetapi, Fitrah seakan bermain dengan masa. Baginya cinta yang baru berputik ini mesiti dinoktahkan! Namun, gembirakah fitrah dengan keputusan itu? Atau, luka lamanya akan berdarah kembali?

Tiada ulasan: