12/14/2013

HIKAYAT AMIR HAMZAH

Kod N63 ***(BBL)

SOLD OUT

Harga : RM18 ( Harga pasaran : RM24.00 )

Pengarang : Abdul Latip Talib
Terbit & M/surat : 2008/357 hal.
Penerbit :
PTS Publication & Distributors S/B
ISBN :   978-983-192-116-6

Sinopsis :
Hikayat Amir Hamzah mengisahkan peristiwa yang berlaku pada abad ke-7 sebelum kedatangan Islam hingga membawa kepada kedatangan Islam. Ia menceritakan kegagahan dan keperwiraan seorang pejuang Islam bernama Amir Hamzah. Pahlawan yang dimaksudkan dalam cerita ini ialah Saidina Hamzah, pahlawan Islam yang gugur syahid dalam Perang Uhud menentang tentera Quraisy.

Hikayat Amir Hamzah pada awalnya ditulis oleh seorang penulis Parsi dengan judul Qissa’I Emir Hamza. Kemudian diterjemahkan ke bahasa Arab oleh Ahmad bin Muhamad dengan judul Sirat Hamzah. Manuskrip ini dibawa oleh pendakwah dari India ke Melaka pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Ia ditulis pada awal abad ke-15 dengna tulisan tangan oleh penulis istana raja Melaka yang mengambil masa selama 15 tahun bagi menyiapkannya.
Selain bahasa Melayu, manuskrip ini diterjemahkan ke bahawa Jawa, Bali, Acheh, Turki dan Hindi. Hikayat Amir Hamzah edisi tulisan rumi oleh DBP pada tahun 1987 masih mengekalkan gaya bahasa Melayu lama. Hikayat Amir Hamzah terbitan PTS ini menggunakan bahasa Melayu Moden.

Tiada ulasan: