4/11/2014

KEIMANAN ADALAH PAKSI

Kod M19 ***(BBT)



Harga : RM18 ( Harga pasaran : RM26.00 )

Pengarang : Tim Langitilahi.com
Terbit & M/surat : 2014/387 hal.
Penerbit :
PTS Millennia S/B
ISBN : 978-967-411-190-8 

Sinopsis :
Mengapa tema iman menjadi pilihan?
Kerana keimanan adalah paksi kepada seorang yang beragama Islam. Tiada warden di rumah untuk menyebat kita sekiranya kita lewat solat. Melainkan keimanan kita menggerakkan kita untuk berdisiplin menunaikannya. Tiada siapa mampu menghalang kita daripada melakukan maksiat kepada Allah s.w.t., melainkan iman kita yang bergetar dan merasa amat yakin betapa Allah s.w.t. sedang melihat kita. Tiada siapa mampu menunjukkan kepada kita syurga Allah s.w.t. yang dijanjikan jikalau kita bersabar, jikalau kita memikul beban dakwah, dan sebagainya. Tetapi, imanlah yang membuatkan kita yakin seakan-akan kita pernah melihatnya. Ya, begitulah juga dalam banyak situasi yang lain, iman memainkan peranan.

Iman ibarat matahari, yang menjadi paksi kepada bima sakti, yang menjadi pusat kepada orbit planet-planet, yang menjadi sumber tenaga dan punca kehidupan di Bumi. Tanpa keimanan, jiwa kita akan gelap dan tidak mempunyai arah yang benar. Terganggu keimanan, maka akan ada masalah pada aktiviti hidup kita sebagai seorang Muslim.



PRAKATA IX
 
MOTIVASI-Hilal Asyraf
Piling Bernama Keimanan 3
Remaja yang Unik, Sebuah Kehilangan 11
Remaja Nan Bercinta 15
Kejayaan Muhammad Al-Fateh 21
Israk’ dan Mikraj, Sebuah Tapisan Keimanan 27
Kehidupan Kita dan Cabaran Hidup 33
Dia Bukan Budak Agama, Dia Hisap Rokok,
Dia Tidak Menutup Aurat 37
Dua Perkara Besar yang Diremehkan 43
Tenaga yang Terganggu 49
Kerana Kita Sebenarnya Jauh 55
Allah Tidak Memerlukan Kamu 63
Fakir yang Sebenar 69
Menangis, Kita Ego pada-Nya 75
Dalam Al-Kahfi Tuhanmu Mendidik 81
Melihat Masa Hadapan 89
Jalan Pintas ke Syurga, Wujudkah? 95

KEHIDUPAN -abu umar
Bermula Sebuah Kehidupan 103
Mulakan Perjalanan Kita Sekarang 107
Di Mana Persandaran Kita 109
Berdiri di Bumi 111
Dunia Tanpa Warna 113
Jiwa Resah 115
Jangan Berputus Asa daripada Rahmat Allah 117
Erti Kebahagiaan 121
Di Sebalik Musibah 123
Satu Pencarian 125
Kehilangan Diri 127
Cerita Umur 129
Hidup Ini Ada Hentinya 133
Menuju Dewasa 135
Musibah, Modal untuk Pulang kepada Allah 137
Ketika Mana Kita Menjadi Hebat 141
Ingin Populariti? 145
Mengapa Jiwa Lemah 149

HIMMAH - bro hamzah
Himmah, Perlu Dibangkitkan 157
Semarakkan Himmah 159
Kehidupan yang Menguja! 163
Bersungguh-Sungguh Menuju ke Syurga! 171
Meniti Syurga Dunia 175
Menyingkap Jendela Malam yang Gelap Gelita 179
Qiamullail, Amalan Soleh Ahli Syurga 183
Bersunyi-Sunyi dengan Allah 187
Berlumba-Lumba Menjadi Selebriti Syurga! 191
Sirah Sang Penghuni Langit 195
Prasyarat Menjadi Selebriti Syurga 199
Ceriakan Hidup dengan Bangun Subuh Awal 201
Tip-Tip Bangun Subuh Awal 205
Menyelami Himmah Melalui Sorotan Sejarah 211
Keimanan Adalah Paksi kepada
Jiwa-Jiwa yang Bersemangat! 215
 
REMAJA - afdholul rahman
“Bukankah Allah Itu maha pengampun?” 221
Ambil Satu dan Tinggalkan Satu Lagi 225
Beriman Mengikut Kaca Mata Allah 231
Cinta di Jalan Para Pejuang 237
Jangan Kamu Mengira Begitu 243
Energi Para Pendosa 247
Iman Mengawal Potensi, Menumbuhkan Prestasi 253
Keimanan Adalah Dinamo 259
Siapa yang Menolong Kamu? 263
Menjaga Bara Api Perubahan 267
Mereka Memandangnya Jauh 271
Sampai Bilakah Ingin Bercinta dengan Dosa? 275
Ukhuwah ke Syurga 279
Umur Singkat Tetapi Berkat 285
Wanita Kufur Versus Wanita Iman 293

PEMUDA-abu ridhwan
Pemuda, di Mana Posisi Kita Kini? 301
Pemuda, Kita Adalah Nadi Kebangkitan Umat 309
Pemuda, Kalian Adalah Rohnya Kebangkitan 317
Jangan Mudah Putus Asa 321
Kegagalan Bukan Bererti Gagal Selamanya 325
Bangkit daripada Futur 329
Mempersiapkan Pemuda Beriman 337
Ayuh Sertai Angkatan Kebenaran! 345
Dosa dan Maksiat Itu Sumber Petaka 351
Mana’ah Imaniyah (Kekebalan Iman) 359
Lemah Iman Bererti Kuatnya Empayar Syaitan 363
Kawan di Dunia hingga ke Akhirat 369
Momentum Mencintai Rasulullah s.a.w. 375

Tiada ulasan: