4/13/2014

10 TOKOH IDOLA MUSLIMAH

Kod T4 ***(BBT)



Harga : RM10.00 ( Harga pasaran : RM13.00 )

Pengarang : Sakinah Salleh
Terbit & M/surat : 2013/160 hal.
Penerbit :
PTS Millennia S/B
ISBN :  978-967-0142-31-9


Sinopsis :
Dunia hari ini dihidangkan dengan pelbagai ikon yang ada kalanya bertentangan dengan syariat Islam. Mereka yang dijadikan idola ini sememangnya tidak bersesuaian daripada segi sahsiah juga kehidupan negatif yang tidak layak dicontohi. Demi memantapkan diri, jadikan srikandi Muslimah sebagai idola hidup yang perlu dicontohi.

10 tokoh Idola muslimah yang diketengahkan di dalam buku ini mampu memberikan impak besar kepada kita yang ketandusan tokoh-tokoh yang dapat memenuhi kriteria sebagai srikandi yang cemerlang dalam segenap segi. Setiap seorang tokoh dirungkai dengan terperinci merangkumi sejarah hidup, kaitan kisah dengan kehidupan masa kini serta kisah inspirasi yang boleh dijadikan motivasi penghias peribadi. Jadikan tokoh-tokoh ini sebagai inspirasi dalam mentarbiah anak bangsa yang berjiwa besar menjadi pemangkin kepada generasi akan datang.

Justeru, penting bagi kita menyoroti kisah hidup, kehebatan, titik tolak kejayaan serta rahsia kehebatan dan kekentalan mereka dalam meraih keunggulan daripada segi peribadi, sahsiah, perwatakan dan sebagainya demi menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.


KANDUNGAN :

1.Ketabahan dan Kekuatan Emosi Siti Aminah binti Abdul Wahab

2. Usahawan Dermawan Siti Khadijah binti Khuwailid

3. Jelitawan Ilmuan Siti Aisyah binti Abu Bakar

4. Kepatuhan dan Ketabahan Siti Hajar

5. Pengorbanan dan Keredaan Siti Sarah

6. Tawaduk dan Zuhud Fatimah az-Zahra binti Muhammad

7. Kasih Sayang Daripada Allah dan Kerana Allah Siti Zulaikha

8. Keberanian dan Ketakwaan Asma’ binti Abu Bakar

9. Keutuhan Keimanan Asiah binti Muzahim

10. Kesetiaan Abadi Siti Rahmah
 

Tiada ulasan: