(SOLD OUT)
Harga : RM18 ( Harga pasaran : RM24.00 )
Pengarang : Abdul Latip Talib
Harga : RM18 ( Harga pasaran : RM24.00 )
Pengarang : Abdul Latip Talib
Terbit & M/surat : 2008/325 hal.
Penerbit : PTS Litera Utama S/B
Penerbit : PTS Litera Utama S/B
ISBN : 978-967-5136-11-5
Sinopsis :
“Tidaklah kami pernah melihat ataupun mendengar hal ajaib seperti ini.
Muhammad al-Fateh sudah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di
puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad al-Fateh
dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great!”- Ahli Sejarah Byzantine
Sultan Muhamad al-Fateh dilahirkan pada 27 Rajab
835 Hijrah bersamaan 29 Mac 1432 M dan meninggal dunia pada 3 Mei 1481.
Ketika berumur 19 tahun beliau menaiki takhta menggantikan ayahnya Sultan Murad. Baginda menjadikan Adrianopel (Adana) pusat pemerintahan dan ibu kotanya bagi memudahkan cita-citanya menawan Konstantinopel. Dan ketika berusia 21 tahun Sultan Muhamad al Fateh berjaya menakluk Konstantinopel pada 29 Mei 1453 bersamaan 20 jamadil awal 857 hijrah.
Ketika berumur 19 tahun beliau menaiki takhta menggantikan ayahnya Sultan Murad. Baginda menjadikan Adrianopel (Adana) pusat pemerintahan dan ibu kotanya bagi memudahkan cita-citanya menawan Konstantinopel. Dan ketika berusia 21 tahun Sultan Muhamad al Fateh berjaya menakluk Konstantinopel pada 29 Mei 1453 bersamaan 20 jamadil awal 857 hijrah.
Kota Konstantinopel yang kini dinamakan Istanbul
(Islam keseluruhannya), terletak di sempadan antara benua Eropah dengan Asia.
Ia dihubungkan oleh Selat Bosphorus. Sebelum itu Kota Konstantinopel pernah
cuba ditakluk oleh bangsa Gothik, Parsi, Bulgaria dan Rusia tetapi tidak
berjaya. Umat Islam berusaha menawan kota tersebut kerana percaya dengan hadis
Rasulullah SAW yang mengatakan Konstantinopel akan ditawan oleh orang Islam.
Setelah lebih 800 tahun hadis itu diucapkan oleh
Rasulullah SAW barulah menjadi kenyataan. Seorang sahabat Rasulullah SAW
bernama Abu Ayyub Al-Anshari RA gugur syahid lalu dikebumikan di sisi benteng
Konstantinopel.
Sultan Muhammad al-Fateh sejak dalam buaian lagi
sudah diisyaratkan bakal mencipta sejarah oleh seorang alim, Syeikh Syamsuddin
Al Wali. Beliau pernah berkata kepada Sultan Murad (ayah kepada Muhammad
al-Fateh):
Wahai Sultan Murad, bukan tuanku yang akan
membebaskan kota konstantinopel, tetapi anak yang dalam buaian itu,” sambil
menunjuk Muhammad al-Fateh yang masih di dalam buaian.
Sejak itu Muhammad al-Fateh dilatih hidup
sederhana, dididik dengan ilmu agama dan ilmu peperangan. Beliau membesar
sebagai pemuda yang tampan. Bentuk badannya tegap, kuat dan tinggi. Pipinya
putih kemerah-merahan dan hidungnya mancung.
Beliau mula menaiki takhta ketika umurnya 19
tahun. Di kala itu baginda sudah begitu arif dengan tipu helah musuh. Pernah
Maharaja Konstantinopel mengirim guru-guru terbaik untuk mendidiknya tentang
adab dan adat istiadat kehidupan raja-raja, tetapi beliau menolaknya lalu menyuruh
guru-guru tersebut pulang.
Kemudian baginda membina benteng yang dinamakan
Rumeli Hisarri yang bermaksud benteng orang-orang Rom. Baginda sendiri membuka
baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulama-ulama dan
menteri-menteri terpaksa ikut serta.
Sultan Muhamad al-Fateh menukar nama Kota Konstantinopel kepada
Istanbul lalu menjadikan ibu kotanya. Kemudian beliau menakluk Serbia pada
tahun 1460 dan Bosnia pada tahun 1462. Seterusnya Sultan Muhamad al Fateh
menakluk Italia, Hungari, dan Jerman. Ketika berada dikemuncak kegemilangannya,
Sultan Muhamad al Fateh memerintah 25 buah negeri. Kemudian dia membuat
persiapan menakluk Rhodesia tetapi meninggal dunia kerana diracun oleh seorang
Yahudi bernama Maesto Jakopa
Sultan Muhammad Al Fateh yang dilahirkan pada 29 Mac 1432 itu
telah meninggal dunia pada 3 Mei 1481 ketika berusia 49 tahun.
KANDUNGAN :
Bab 1: Firasat Seorang Ulama
Bab 2: Lahirnya Seorang Pahlawan
Bab 3: Umpan Tidak Mengena
Bab 4: Suatu Pengajaran
Bab 5: Teruskan Perjuangan
Bab 6: Perangkap
Bab 7: Hidayah
Bab 8: Yang Benar dan yang Palsu
Bab 9: Antara Kasih dan Benci
Bab 10: Helah Sultan Murad
Bab 11: Pengintip
Bab 12: Wasiat
Bab 13: Abu Ayub al-Ansari
Bab 14: Retak Menanti Belah
Bab 15: Yang Zalim dan yang Adil
Bab 16: Helah Sultan Muhammad
Bab 17: Bukan Mungkir Janji
Bab 18: Rumeli Hisarri
Bab 19: Kota Konstantinopel
Bab 20: Sabotaj
Bab 21: Terowong Rahsia
Bab 22: Meriam Urban
Bab 23: Tentera yang Baik
Bab 24: Rakyat yang Baik
Bab 25: Siapa yang Lebih Cerdik
Bab 26: Munafik
Bab 27: Berangkat ke Medan Jihad
Bab 28: Antara Dua Pilihan
Bab 29: Serangan Demu Serangan
Bab 30: Pertempuran di Laut Marmara
Bab 31: Tanduk Emas
Bab 32: Pantai Semenanjung Fera
Bab 33: Pertemuan Sulit
Bab 34: Petunjuk
Bab 35: Kapal Belayar di Daratan
Bab 36: Di Ambang Kekalahan
Bab 37: Api Perang Terus Dinyalakan
Bab 38: Menang ataupun Syahid
Bab 39: Kota Konstantinopel Berjaya
Ditawan
Bab 40: Masjid Aya Sophia
Bab 41: Mencari Makam Syuhada
Bab 42: Disambut dengan Gembira
Bab 43: Tanduk Emas Istana Topkapi
Bab 44: Pulau Khabus
Bab 45: Wasiat Seorang Penakluk
Tiada ulasan:
Catat Ulasan