Kod
U3
***(BBT)
Harga
: RM18
( Harga runcit : RM23 )
Pengarang : Wang Xuanming
Pengarang : Wang Xuanming
Terbit
& M/surat : 2012/205 hal.
Penerbit : PTS Profesional Publishing S/B
Penerbit : PTS Profesional Publishing S/B
ISBN
:
978-967-369-099-2
SINOPSIS
:
Buku
ini mengandungi lukisan komik sebanyak tiga belas bab Art of War
karya Sun Tzu serta menggambarkan pemikiran Sun Tzu secara
komprehensif. Turut dimasukkan contoh-contoh yang relevan dari
sejarah China untuk memberi gambaran yang lebih jelas tentang idea
asal Sun Tzu.
Buku ini juga menekankan bahawa walaupun pertempuran-pertempuran terkenal sudah disebut dalam buku-buku yang lain, mereka tetap dipaparkan di sini sebagai perbincangan dan analisis tambahan. Ini adalah supaya para pembaca dapat mengambil kira pelbagai elemen peperangan termasuk faktor tentera, politik dan kewangan. Buku ini turut menyentuh isu-isu seperti perlantikan jeneral, pengaturan anggota tentera dan fomrasi bagi membolehkan buku ini difahami dari pelbagai sudut pandangan agar buku ini terus bermanfaat biarpun dibaca berulang kali.

KANDUNGAN
:
Bab
1:Penilaian Awal
Sebelum
memenangi pertempuran, mulakan dengan merancang
Bab 2: Berperang
Peperangan
harus dimenangi dengan cepat tanpa dipanjangkan tempohnya
Bab 3: Serangan Melalui Muslihat
Menewaskan
musuh tanpa berlawan adalah kejayaan yang sempurna
Bab 4: Mengatur Bala Tentera
Jangan
sesekali pergi berperang tanpa persediaan
Bab 5: Formasi
Mencipta
keadaan yang kondusif dan merebut peluang untuk menang
Bab 6: Kekuatan dan Kelemahan
Mahirkan
diri untuk menggerakkan musuh ke tempat yang anda mahu berbanding
digerakkan oleh musuh
Bab 7: Mengatur Pergerakan
Ubah
faktor yang melemahkan kepada yang menguatkan serta merebut peluang
untuk berlawan
Bab 8: Sembilan Variasi Taktik
Lakukan
perubahan taktik yang fleksibel mengikut perubahan di medan perang
Bab 9: Pergerakan
Berarak,
berkhemah dan memerhatikan medan perang.
Bab 10: Topografi
Geografi
ketenteraan tidak harus diabaikan
Bab 11: Sembilan Jenis Kawasan Strategik
Lancarkan
serangan mengejut ke atas musuh dan menyelinap jauh ke dalam wilayah
musuh
Bab 12: Menyerang Dengan Api
Bertindak
dari dalam bersama koordinasi dengan ketumbukan dari luar yang
dibantu dengan api.
Bab 13: Risikan
Pengintipan
strategik adalah nadi peperangan
Kitab
Asal Sun Tzu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan