10/24/2012

NOVEL - SAAD ABU WAQAS – Kesateria Islam – Abdul Latip Talib

Kod N5 ***(BBT)

(SOLD OUT) 

Harga : RM20 (Harga Runcit : RM25)

Pengarang : Abdul Latip Talib
Terbit & M/Surat : 2011/366 hal.
Penerbit : PTS Leteria Utama S/B
ISBN : 9789833892877

Sinopsis : 

Beliau adalah lelaki yang tidak berbelah bahagi hatinya mengucapkan kata-katanya, “Wahai ibuku, demi Allah, jika ibu mempunyai seratus nyawa dan nyawa itu hilang satu demi satu, aku tidak akan meninggalkan agamaku ini.”

Beliau didoakan oleh Nabi Muhammad SAW supaya makbul doanya dan tepat sasaran panahnya, sehingga beliau menjadi panglima perang yang berani dan antara 10 sahabat yang dijanjikan syurga. Tidak cukup itu, beliau juga adalah pendakwah terawal yang sampai ke negara China bagi mengembangkan Islam.

Dalam golongan Muhajirin, beliau yang terakhir meninggal dunia dan berpesan, “Kafani aku dengan jubah yang aku pakai semasa perang Badar. Aku sengaja menyimpannya bagi keperluan itu.”

Beliau adalah Saad bin Malik bin Ahib bin Abdul Manaf az-Zuhri yang digelar Faaris al-Islam atau kesateria Islam.