Kod
N4 (BTL)
Harga : RM12 (Harga Runcit : RM19.90)
Terbit & M/Surat : 2004 (cetakan 1/2012 - ke9)/ 553 hal.
Penerbit : Alaf 21 S/B
ISBN : 9831241606
Kondisi : (BTL) - Ok.
Rindu
bertandang ketika masing-masing didakap kesepian. Fazlan ditinggalkan
Darina, isteri yang obsesi terhadap cinta. Cita dan impian. Najmah
pula memutuskan pertunangannya kerana tidak menyintai jejaka pilihan
keluarga. Keputusan Najmah mengundang sengketa. Dia terpinggir dan
kepulangannya tidak diharapkan.
Fazlan
hadir memberi kedamaian. Persahabatan bertukar menjadi kekasih.
Najmah menyangka yang dia hanya menghormati Fazlan sebagai majikan.
Namun cinta di hatinya kian berputik biarpun dia tahu Fazlan adalah
suami sahabat baiknya sendiri.
Selepas
lima tahun di luar negara, Darina kembali semula. Ternyata cintanya
terhadap Fazlan masih ada. Bagaimana Fazlan harus menerima Darina
semula? Sedangkan dalam masa yang sama cintanya terbahagi dua untuk
Najmah juga. Lalu Fazlan merahsiakan perkahwinan itu.
Najmah
diburu rasa bersalah. Dia telah mengkhianati kepercayaan yang
diberikan oleh Darina untuk menjaga Fazlan. Bagi Najmah, cintanya
hadir hanya sementara. Tidak lebih dari sebuah pesona.
Fazlan
dalam dilema, siapakah yang lebih dicintainya? Najmah ataupun
Darina?Namun bagi Fazlan, dia tidak rela kehilangan kedua-duanya
sekali.