Pengarang : Ross E.
Dunn
Terbit & M/surat
: 2014/624 hal.
Penerbit : PTS Islamika S/B
Penerbit : PTS Islamika S/B
ISBN : 978-967-366-149-7
Sinopsis :
Ibnu Battuta terkenal sebagai
seorang pengembara Muslim abad ke-14. Kisah perjalanan Ibnu Battuta yang begitu
mengujakan dan luar biasa ini, membuatkan dunia Barat memberikan jolokan 'Marco
Polo Dunia Muslim' kepada Ibnu Battuta. Ross E. Dunn mengupas jejak perjalanan
Ibnu Battuta yang merentas hampir 30 tahun ke daerah-daerah yang sama luasnya
dengan 44 negara zaman moden kini. Penulis menterjemahkan dalam konteks sosial
dan budaya masyarakat Islam, dan dimensi interaksi manusia di Timur dan pada
Zaman Pertengahan.
Buku yang ditulis oleh
profesor sejarah dari San Diego State University ini bukan sekadar memberikan
keterangan yang relevan bagi memahami kisah perjalanan Ibnu Battuta, namun juga
menempatkan Ibnu battuta dalam konteks sejarahnya. Dengan menggunakan
pendekatan kritis berdasarkan pengalaman pengembaraan Ibnu Battuta, kajian ini
merupakan pengenalan bagi mendalami seluruh dunia Islam pada abad ke-14.
"Buku hasil
karya Ross E. Dunn ini penting kerana buku beliau mengupas kisah Ibnu Battuta
secara mendalam dan menarik. Buku ini tidak seperti karya tiga jilid Gibb yang
hanya menjadikan kisah Ibnu Battuta sebagai sumber rujukan. Dengan pendekatan
ini, Dunn mengulas beberapa hal penting kepada para pembaca." -Taufik
Abdullah, Pakar Sejarah, Ph.D., Uni9versiti Cornell, Ithaca, Amerika Syarikat.
Pendahuluan
Bab 1
Tangier
Bab 2 Maghribi
Bab 3 Orang Mamluk
Bab 4 Makkah
Bab 5 Parsi dan Iraq
Bab 6 Laut Tanah Arab
Bab 7 Anatolia
Bab 8 Padang Rumput
Bab 9 Delhi
Bab 10 Malabar Dan Maladewa
Bab 11 China
Bab
12 Kampung Halaman
Bab
13 Mali
Bab
14 Rihla
Glosari
Tiada ulasan:
Catat Ulasan