4/11/2014

QURAN SAINTIFIK

Kod A20  ***(BBT)


(SOLD OUT)
 

Harga : RM30 ( Harga pasaran : RM40 )

Pengarang : Dr. Danial Zainal Abidin
Terbit & M/surat : 2014/300 hal.
Penerbit :
PTS Millennia S/B
ISBN :  978-967-411-200-4 


Sains dan Islam memang tidak dapat dipisahkan. Hal ini disebabkan umat Islam disuruh Allah untuk mengkaji rahsia alam semesta secara sistematik. Dalam surah Al-Ghasyiah ayat 17 hingga 20, Allah menyatakan yang bermaksud, “Apakah mereka tidak melihat kepada unta bagaimana ia diciptakan. Dan langit bagaimana ia ditinggikan. Dan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan. Dan bumi bagaimana ia dihamparkan.”

Malah lebih daripada itu, Allah memuliakan golongan yang suka mengkaji alam dan menggelar mereka sebagai ulul albab, golongan yang menggunakan akal dengan sempurna untuk mengkaji sehingga mampu meletakkan segala perkara pada perspektifnya yang betul. Rangsangan daripada ayat-ayat ini dan yang seumpamanya berjaya melahirkan ramai saintis daripada kalangan umat Islam. Malah sains moden tidak akan berkembang tanpa saintis-saintis beragama Islam ini. 

Quran Saintifik Edisi Kemas Kini menghidangkan kepada pembaca tentang keagungan Tuhan dan kehebatan mukjizat Al-Quran melalui kacamata Islam dan sains.  Buku ini juga membahaskan secara terperinci penemuan-penemuan saintifik yang terkini serta fenomena-fenomena sains yang membenarkan Al-Quran.



KANDUNGAN :


BAHAGIAN 1: Cemerlang dengan Menguasai Dua Ayat

Cara Hidup yang Komprehensif 
Sumber Ajaran Islam 
Iman adalah Nyawa
Menguasai Dua Ayat
Ayat di Alam Semesta 
Islam Pemangkin Sains 
Mementingkan Bukti dan Dalil
Quran Melahirkan Minda Progresif
Sains Berkonsepkan Tauhid
Matlamat dan Metodologi Sains 
Keharmonian antara Quran dan Sains 
Metodologi Pentafsiran Quran
Pentafsiran Quran Menggunakan Sains
Bolehkah Diterima Penemuan oleh Saintis Kafir? 
Sains Memantapkan Kefahaman Quran 
Sains Membawa kepada Iman
Sains Bukan Segala-galanya
Penutup 

BAHAGIAN 2: Permulaan Alam Semesta adalah Permulaan Segala-Galanya

Quran dan Teori Kejadian Alam
Penciptaan Alam daripada Asap? 
Alam Semesta Mengembang 
Penciptaan Alam dalam Enam Hari?
Arasy di Atas Air? 
Apa yang Dicipta Dahulu, Langit ataupun Bumi? 
Kronologi Kejadian Alam 
Kosmos Gelap ataupun Cerah? 
Black Holes dan Kejadian Bintang-Bintang
Black Holes Tanah Perkuburan Bintang-Bintang? 
Bintang yang Menembus 
Bintang-Bintang dan Nebula Ros 
Matahari dan Akhir Hayatnya
Matahari Pelita dan Bulan Cahaya 
Orbit-Orbit Bumi dan Objek di Langit
Zulkarnain dan Matahari
Matahari dan Solar Apex
Proses Kejadian Bumi
Bumi adalah Bulat?
Ruang antara Langit dan Bumi
Wujudkah Hidupan di Kosmos? 
Penutup

BAHAGIAN 3: Manusia dan Asal Usulnya

Hidupan Berasal daripada Air? 
Air Asas kepada Kejadian Manusia 
Manusia dan Adam 
Kejadian Hawa 
Teori Evolusi Darwin 
Sains Menemui Adam dan Hawa? 
Kejadian Manusia dan Ilmu Embriologi 
Fasa-Fasa Kejadian Bayi
Pendengaran, Penglihatan, dan Akal
Kegelapan yang Tiga
Embriologi Quran dan Pandangan Saintis 
Quran Menciplak Embriologi Yunani?
Benih Terbit antara Sulbi dan Taraib?
Sistem Saraf dan Darah
Roh Ditiupkan pada 40 ataupun 120 Hari? 
Penentuan Jantina Mengikut Quran
Asal Wanita daripada Rusuk Lelaki? 
Susu Ibu Mengikut Quran dan Sains 
Penyusuan Dua Tahun, Adakah Masih Relevan? 
Penutup

BAHAGIAN 4: Tujuan dan Matlamat Hidup Manusia

Ibadah sebagai Tujuan
Hikmah Ibadah 
Ibadah yang Paling Utama
Padah Maksiat
Budaya Seks Bebas 
Media Massa Merangsang Seks Bebas 
Pengharaman Seks Bebas 
Pengharaman Seks Semasa Haid
Ibadah dalam Aspek Pemakanan 
Pengharaman Arak 
Penyalahgunaan Najis Dadah 
Pengharaman Daging Haiwan Liar 
Pengharaman Babi 
Makanan yang Halal Lagi Berkhasiat
Khasiat Diet Nabi 
Nabi Seorang Vegetarian? 
Khasiat Madu Lebah 
Khasiat Buah Zaitun 
Khasiat Buah Tin
Khasiat Buah Tamar 
Buah Tamar dan Ibu Mengandung 
Buah Tamar dan Tahnik
Khasiat Air Zamzam
Cara Penyembelihan Islam 
Cara Penyembelihan di Barat
Ibadah dan Kebersihan
Kebersihan Diri dan Islam
Kebersihan yang Diwajibkan
Khatan dan Sains
Air Kencing Bayi Lelaki dan Perempuan 
Bersuci Menggunakan Tanah
Tanah sebagai Agen Pencuci
Kerelevanan Mandi Wajib 
Kewajipan Berwuduk
Wuduk dan Sains
Kebersihan Alam Sekitar dan Islam 
Solat dan Khusyuk
Hikmah Solat 
Solat dan Kesihatan
Solat dan Meditasi 
Solat dan Yoga 
Hikmah Menutup Aurat 
Aurat Wanita dan Kesihatan
Hikmah Puasa
Puasa dan Detoksifikasi 
Rahsia Bersahur 
Penutup

BAHAGIAN 5: Epilog

Sains Menonjolkan Tuhan
Quran Pemangkin Ilmu Sains
Sains Membenarkan Quran 

 

Tiada ulasan: