12/03/2013

PELABURAN EMAS

Kod BK4 ***(BBT)


(SOLD OUT)
 
Harga : RM15 ( Harga pasaran : RM18.00 )

Pengarang : Saat Sukami
Terbit & M/surat : 2011/164 hal.
Penerbit :
PTS Professional Publishing S/B
ISBN :  978-967-369-108-1


Selepas kejatuhan ekonomi, ramai orang mula menyedari di sebalik kejatuhan yang tidak diduga, rupa-rupanya ada 'benda' yang tidak tergugat. 'Benda' itu adalah emas. Dalam situasi ekonomi merudum dengan dahsyat dan ketika nilai mata wang menyusut, emas dengan senyap bergerak melawan arus. Nilainya secara perlahan-lahan mulai naik.



Negara-negara yang mempunyai rizab emas yang banyak, ekonominya dapat diselamatkan dengan lebih pantas. Begitu juga bagi mereka yang pernah beringat ketika ekonomi cemerlang sebelumnya, mereka dapati pelaburan mereka yang selama ini 'tidur' tiba-tiba bangkit menunjukkan belang walaupun mereka sebenarnya tidak pernah berniat melabur dengan cara membeli emas.



Kini, emas menunjukkan kehebatannya dan manusia kembali 'memburunya'. Namun, seperti pelaburan-pelaburan lain yang pernah cemerlang pada masa lalu, adakah kita yakin yang emas benar-benar memberikan keuntungan kepada kita? Ataupun adakah sekali lagi kita akan hanyut bersama-sama leburnya pelaburan kita yang gagal?



Buku ini membincangkan peranan emas dalam membantu kita merancang pelaburan pada masa hadapan. Buku ini juga disyorkan kepada mereka yang berminat mahu melibatkan diri dalam pelaburan emas. Buku ini mengupas mengenai:



·         Aspek fizikal emas dan kaedah menentukan ketulenan emas

·         Kaedah penentuan harga emas

·         Bentuk-bentuk pelaburan emas di Malaysia

·         Pembekal pelaburan emas di Malaysia

·         Perancangan, risiko dan strategi pelaburan emas

·         Penipuan dalam pelaburan emas
 
KANDUNGAN :
 
Bahagian 1 :

1 Pengenalan

2 Sifat-Sifat Emas

3 Kegunaan-Kegunaan Emas

4 Sumber-Sumber Emas

5 Ukuran Timbangan Emas

6 Jenis-Jenis Emas
 
Bahagian 2 :

7 Kaedah Menentukan Ketulenan Emas

8 Kaedah Penentuan Harga Emas

9 Bentuk-Bentuk Pelaburan Emas di Malaysia

10 Pembekal-Pembekal Pelaburan Emas di Malaysia
 
Bahagian 3 :

11 Perancangan Sebelum Melabur

12 Risiko Pelaburan Emas
 
Bahagian 4 :

13 Strategi Pelaburan Emas

14 Penipuan dalam Pelaburan Emas

15 Pengiraan Zakat

Lampiran 1 Kegunaan-Kegunaan Emas

Lampiran 2 Trend Permintaan Berbanding Pengeluaran Emas

Lampiran 3 Cara Wang Kertas Dicipta

Lampiran 4 Beberapa Contoh Syiling Emas bagi Pelaburan

Lampiran 5 Beberapa Contoh Bar Emas bagi Pelaburan

Lampiran 6 Kaedah Penentuan Ketumpatan dan Kualiti Emas  

Tiada ulasan: