12/13/2013

NOVEL - SYAHADAT CINTA

Kod N58 ***(BBL)

Harga : RM22 ( Harga pasaran : RM31.90 )

Pengarang : Taufiqurrahman Al-Azizi

Terbit & M/surat : 2009/476 hal.
Penerbit : PTS Litera Utama S/B
ISBN :  978-983-3892-07-5



Sangat menggetarkan bertemu pemuda metropolis yang memiliki cinta dari sumber hati, bukan nafsu, mentafakuri perjalanan cintanya kepada sang Ilahi melalui wajah kekasih. Membaca novel ini membawa kita kepada pesona Islam yang tidak ekstrim. Sungguh, selalu ada keindahan di setiap lembarnya.  - K.H Muchotob Hamzah, M.M, Wakil Rektor III Universitas Sains al-Quran (UNISIQ) Jateng dan pengasuh Ponpes Al-Asy’ariyyah Kalibeber Wonosobo

Sinopsis:
“Mahukah kamu menciumku?”
“Masya-Allah, kenapa?”
“Sebab ciuman adalah bukti kewujudan cinta. Kamu terpikat kepadaku kerana wajah ini, maka dia meminta bibirku untuk kamu cium. Jika hati yang membawa cintamu kepadaku, maka kamu pun harus mencium hatiku. Pilih mana?”
***
Itulah petikan perbualan antara Iqbal, tokoh utama dalam novel ini, dan Zaenab, gadis yang merupakan perwujudan dari jamaliah Ilahi. Sebagai pemuda metropolis, Iqbal berjuang mengakhiri masa lalunya yang kelam, dan secercah cahaya Ilahi memasuki relung-relung hatinya, dan membawanya ke alam pesantren. Tetapi ternyata, perjalanan ini memunculkan amuk pergolakan di dalam hatinya.

 Baru sahaja dia mulai belajar berwuduk, membaca al-Quran dan bersembahyang, tetapi dia terpelanting ke lembah perdebatan, yang pada lahirnya memang dengan sahabat-sahabat senterinya, tetapi pada hakikatnya adalah antara Iqbal dengan dirinya sendiri. Baginya, hatilah yang perlu mendapat cahaya Islam, menerangi jiwa. Iqbal berusaha memasuki Islam melalui jalur hatinya, dan ternyata jalur itu membawa bersama benih-benih cinta kepada Zaenab, seorang santeriwati di pesantren itu. Tetapi, masih ada dua gadis lain sedang menunggu cintanya: Priscillia, seorang gadis dari keluarga Kristian yang taat dan mendapat berbagai kekerasan dari keluarga dan sahabat-sahabatnya kerana telah memilih memasuki hidayah Islam; sedang gadis yang seorang lagi adalah pelajar sebuah SMA yang dipaksa menikahi orang yang tidak dicintainya, bahkan tidak dikenalnya.

 Iqbal justeru banyak belajar tentang keagungan Islam dari sebuah keluarga pengemis yang menumpangkannya di teratak mereka ketika dia lari dari pesantren kerana perseteruan-perseteruan fahaman agama yang sangat tajam.

Tiada ulasan: