Harga : RM18 ( Harga pasaran : RM24.00 )
Pengarang : Mu’min Jarni
Terbit & M/surat : 2012/280 hal.
Penerbit : PTS Litera Utama S/B
Penerbit : PTS Litera Utama S/B
ISBN :
978-967-408-108-9
Sinopsis :
Tentera mamluk adalah tentera profesional elit
yang asalnya seorang hamba. Walaupun mereka adalah bekas hamba mereka boleh
menduduki kedudukan yang tinggi. Sejak penggunaan nya oleh Khalifah Abbassiyah pada
abad ke-9, ianya terbukti sebagai satu sistem ketenteraan yang efektif dan juga
digunakan oleh kesultanan Seljuk dan Ayyubi (diasaskan oleh Salahuddin)
sendiri. Mamluk-mamluk yang berkhidmat dengan Kesulatan Ayyubi akhirnya
menubuhkan Kesultanan Mamluk yang amat digeruni.
Kanak-kanak
lelaki yang kebanyakannya berasal dari timur wilayah Islam seperti Turki dibeli
dari pasar-pasar yang menjual hamba dan dilatih oleh institusi ataupun markas
latihan. Di institusi tersebut, mereka dilatih dengan ilmu ketenteraan dan juga
diajar ilmu lain seperti untuk menerapkan kesetiaan disiplin.
Apabila
tempoh latihan tamat, mereka akan dibebaskan untuk berkhidmat kepada penaung
yang telah membebaskan mereka. Penaung-penaung ini adalah sultan sendiri
ataupun emir-emir yang telah membeli atapun memberi latihan kepada
mamluk-mamluk ini. Kepada penaung merekalah kesetiaan seorang ataupun
sekumpulan mamluk akan dicurahkan. Ada juga mamluk yang tidak dibebaskan tetapi
mereka juga mempunyai peluang yang sama untuk terampil menjadi individu yang
mempunyai kedudukan yang tinggi.
Inilah kisah
seorang Mamluk yang berjuang demi kepercayaan dan janjinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan