Harga : RM18 ( Harga pasaran : RM24.00 )
Pengarang : Abdul Latif Talib
Terbit & M/surat : 2010/256 hal.
Penerbit : PTS Litera Utama S/B
Penerbit : PTS Litera Utama S/B
ISBN :
978-983-3892-77-8
Sinopsis :
Nama sebenarnya An-Nukman bin
Thabit lahir pada tahun 80 hijrah/699 masihi di sebuah kampung bernama Anbar di
daerah Kufah, Baghdad. Mendapat gelaran Abu Hanifah kerana mempunyai seorang
anak bernama Hanifah. Tetapi ada pula yang mengatakan beliau suka membawa
dakwat ke mana sahaja beliau pergi lalu digelar Hanifah bererti dakwat dalam
bahasa Parsi. Kemudian beliau lebih dikenali sebagai Imam Hanafi.
Beliau berkata “Aku memberi hukum berdasarkan al
Quran. Sekiranya tidak terdapat dalam al Quran aku gunakan hadis. Jika tidak
terdapat pada keduanya (al Quran dan hadis) aku gunakan pendapat para sahabat
Rasulullah SAW. Aku berpegang pada pendapat siapa sahaja daripada mereka dan
membuang mana-mana pendapat yang bertentangan dan aku berpegang pada pendapat
yang benar sahaja.”
Beliau dikurniakan umur yang panjang. Beliau sempat
hidup di bawah pemerintahan kerajaan khalifah Bani Umaiyah dan Bani Abbasiyah.
Beliau terkenal sebagai seorang yang ahli dalam
ilmu fikah dan tauhid. Beliau belajar daripada lebih 200 ulama yang terbilang
pada masa itu. Antaranya Abdullah bin Umar, Abdullah bin Abbas dan Abdullah bin
Masud. Beliau juga sangat terkenal dengan kebolehan berdebat. Kebolehannya itu
sangat dihormati lawan dan kawan.
Imam Abu Hanifah meninggal dunia dalam penjara pada
tahun 150 hijrah ketika berumur 70 tahun. Beliau dikebumikan di tanah
perkuburan al Khaizaran yang terletak di timur kota Baghdad. Novel ini menceritakan
dengan lebih lanjut siapa Imam Hanafi dan mengapa beliau dianggap sebagai
pendebat kebenaran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan