12/15/2013

Novel - HIROSHIMA – Duka Sebuah Perang

Kod N67 ***(BBT)


Harga : RM17 ( Harga pasaran : RM23.00 )

Pengarang : Salleh De Ran
Terbit & M/surat : 2011/288 hal.
Penerbit :
PTS Litera Utama S/B
ISBN :   978-967-408-006-8

Sinopsis :
Pagi 6 Ogos 1945, hening dan penduduk di Hiroshima masih berbual-bual berkenaan hujung nasib mereka. Bercerita berkenaan perang dan kekalahan di Okinawa. Tidak mereka sedar, di atas langit sana, “Enola Gay” pesawat pengebom B-29 yang dipandu oleh Paul W. Tibbets, sedang mencari titik sasaran. Keadaan di dalam Enola Gay sedikit tegang, peluh sudah terasa di belakang leher.

Pada saat tentera menemukan titik sasaran, picu dipetik, bom atom yang pertama untuk memusnahkan bangsa manusia, meluncur laju ke tanah Hiroshima.

Penduduk Hiroshima masih tenang dengan kegiatan mereka, sehingga pada jam 9.45 pagi, satu cahaya yang sangat terang, yang sangat panas menghentam Bandar Hiroshima. Apa sahaja yang berada di bawah cahaya itu menjadi abu. Angin kencang yang membawa haba panas dan bahan radioaktif mula meruntuh dan mencairkan semua bangunan dan manusia menghalang, hancur binasa, menjadi puing-puing. Manusia menjadi mayat bergelimpangan dan hidup, hanya mampu menjerit kesakitan.

Pada waktu inilah, beberapa pemuda Melayu yang berada di situ, melihat dan merasai sendiri gempar bom atom. Inilah kisah perang, inilah kisah mereka. Kisah duka sebuah perang.

Tiada ulasan: