Terbit & M/surat : 2010/114 hal.
Penerbit : PTS Professional S/B
Penerbit : PTS Professional S/B
ISBN : 978-967-5226-93-9
Siapa sangka kejayaan YouTube hanya bermula dari garaj? Tiga pemuda
iaitu Chad Hurley, Steven Chen dan Jawed karim membuktikannya! Tidak ada
istilah Impossible, hanya I am possible. Segala-galanya
berkemungkinan. Kekurangan bukan halangan dan cabaran sedia ditakluki. Tiga
pengasas YouTube ini berjaya menggempur dunia maya.
Hari ini, siapa yang tidak mengenali laman web yang
dikunjungi sekitar 20 juta pengunjung sebulan? Setiap hari, kira-kira 65 000
video baru diupload dan 100 juta klip video ditonton oleh pengunjung dari
seluruh pelosok dunia. Warner Music, Universal Music Group dan Sony BMG Music
mempercayai kehebatan YouTube dan tanpa sangsi menyediakan material bagi laman
web ini. Malahan, Warner membenarkan YouTube menggunakan lagunya bagi video
ciptaan mereka.
Chad, Steven dan Jawed memulakan langkah cemerlang
yang berjaya melonjakkan nama mereka. Buku ini pasti dapat membawa anda
menelusuri kisah mereka. Bersediakah anda menyelak tabir YouTube dan mendapat
inspirasi seterusnya berjaya dalam kehidupan?
KANDUNGAN :
Bab 1 : Semuanya Bermula dari Garaj
Bab 2 ; Tiga Tokoh Yang Memulakan Langkah yang Cemerlang
Bab 3 : Sekali Bertuah dan Sepenggal Salah Faham
Bab 4 : Konsep Youtube
Bab 5 : Perkhidmatan Youtube
Bab 6 : Persoalan : Bagaimana Cara Kerja di Youtube ?
Bab 7 : Kes yang Dihadapi Youtube
Bab 8 : Ikhtiar Lain Youtube bagi Mengatasi Masalah
Bab 9 : Tip Penggunaan Youtube
Tiada ulasan:
Catat Ulasan