Harga : RM14 ( Harga runcit : RM18.00 )
Pengarang : Qaira Qasidah
Terbit & M/surat
: 2008/480 hal.
Penerbit : Alaf 21 Sdn. Bhd.
Penerbit : Alaf 21 Sdn. Bhd.
ISBN : 978-983-124-340-4
Sinopsis:
KERANA
kasih yang mendalam, Syed Khaled sanggup melarikan Normala daripada dipaksa
berkahwin dengan lelaki tua. Mereka sanggup menempuh perjalanan yang panjang
semata-mata untuk membuktikan cinta mereka cinta sejati. Mungkin jodoh telah
tersurat, Normala dan Syed Khaled berjaya diijab-kabulkan. Dalam manisnya
mengecap bahagia, Normala dikejutkan dengan berita yang benar-benar mencabar
emosi wanitanya. Dia kini bergelar madu!
Bagi Syed Khaled, walaupun ada dua suri dalam hatinya, nama Normala tetap
bertakhta di tempat paling atas. Tiada siapa pun yang dapat memisahkan mereka
kecuali maut. Normala adalah cinta pertama yang akan dikenang sampai bila-bila.
Tanpa Normala, hidupnya ibarat malam tanpa siang. Tiada arah tujuan dan tiada
sebarang harapan.
Sayangnya, panas yang disangka berpanjangan bertukar gerhana sekelip mata.
Berita kematian Syed Khaled bagai langit menimpa kepala. Apatah lagi kebenaran
yang selama ini tersimpan rapi terbongkar satu demi satu. Anak-anak yang
diharap menjadi penyambung kasih antara dua keluarga kini bertelagah. Semuanya
gara-gara harta. Madu yang selama ini begitu dingin, mula menunjukkan
taringnya. Normala sedih bukan kepalang.
Tapi, sampai bila dia dapat bertahan jika hatinya sering terusik? Dan, mampukah
wasiat itu mendekatkan kembali jurang yang semakin luas? Baginya, duka di hati
siapalah yang tahu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan