Kod
N6 ***(BBT)
Harga
: RM20
( Harga runcit : RM24 )
Pengarang : Al Ghazali
Pengarang : Al Ghazali
Terbit &
M/surat : 2013/264 hal.
Penerbit : PTS Literia Utama S/B
ISBN : 978-976-408-114-0
Penerbit : PTS Literia Utama S/B
ISBN : 978-976-408-114-0
SINOPSIS :
AMRU
al-As adalah seorang lelaki Quraisy daripada keturunan Bani Sahm.
Bapanya, al-As bin Wail seorang ahli perniagaan yang tersohor dan
kaya-raya di kota Mekah. Beliau diasuh berkecimpung dalam bidang
perniagaan sejak dari usia kecil lagi. Perniagaan keluarganya sangat
berjaya hingga membawanya berdagang jauh ke negeri Mesir.
Dilahirkan
dalam keluarga berstatus bangsawan Quraisy, Amru dikurniakan akal
yang cerdas sehingga menjadikannya salah seorang daripada pemidato
dan juga diplomat Quraisy yang hebat dan pintar.
Nama
Amru terus mengharum selepas peristiwa pembukaan kota Mekah atau
dikenali juga sebagai 'Fathu Makkah'. Nabi Muhammad mengamanahkan
kepadanya menghapuskan berhala besar yang disembah oleh penduduk Bani
Huzail di Rahadh. Bermula dari hari itu, Amru terus menerima
kepercayaan baginda. Dek kerana kebijaksanaan Amru, baginda
menghantarnya sebagai wakil dakwah kepada raja Oman dua bersaudara
iaitu Raja Abbad dan Raja Jaifar.
Selepas
kewafatan Nabi Muhammad, Amru terus mendapat kepercayaan daripada
Khalifah Abu Bakar as-Siddiq. Amru diarahkan menggempur golongan
murtad daripada Bani Qudha’ah dan Bani Wadi’ah. Kejayaan demi
kejayaan yang diraih menjadi bukti ketokohan Amru di medan perang.
Beliau dihantar sebagai panglima salah sebuah daripada empat pasukan
tentera bagi membebaskan wilayah utara semenanjung tanah Arab
daripada cengkaman Empayar Byzantine yang zalim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan